Saturday, 5 November 2011

Bahtera cinta kita bab 1


Bab 1
Angin mula bertiup pada hujung malam yang masih lagi kelihatan agak samar –samar sekali bagi Kairana . Air matanya mula menitis . Hatinya yang tenang mula bertambah pilu dan dipukul ombak . 2 Tahun yang lalu merupakan hari yang paling terseksa baginya adakah ini takdir ?
2 tahun lalu ....
“ Kenapa awak tipu saya Kairana ? Kenapa ? Awak pergi dengan jantan lain tak ke namanya suka ?!” Amirun yang mula bengang terhadap Kairana mula mencampakkan semua benda yang ingin dia campak . Kairana mula sebak air matanya yang cuba ditahan jatuh secara tiba-tiba .
“ Tak ! Kai hanya melawat ibu lepastu  Razif yang ...yang tiba –tiba datang nak bawa Kai ke tempat ibu ....i...itu aja “ kata Kairana dengan lembut . Hatinya terguris sekali apabila suaminya memikirkan bahawa Kai menduakannya .
“ Tipu ! Itu semua tipu !!!!!!!! Kairana Asyikin Bt Suhaimi .... aku ceraikan kau dengan talak 3 ! “ bentak Amirun sambil memandang wajah Kairana dengan tepat . Air mata Kairana mula jatuh ke lantai bumi setelah mendengar kata-kata yang menyakitkan hatinya sekali .
Adakah ini takdir yang harus dilalui olehnya ?
Kairana mengeeluh seketika sambil melihat awan biru yang dihiasi bintang yang indah dan cantik . Tiba-tiba ibunya Suraini membawa secawan koko panas kegemaran Kairana diletakkan di atas meja . “Ibu .... adakah bintang yang kelihatan hilang ini akan hilang selamanya ? Sepertimana cinta Amirun pada saya ?”kata Kairana sambil menitiskan air matanya sambil melihat bintang itu kembali .
Suriani kelihatan sedih melihat anaknnya yang sentiasa bingung dan sendirian terus lalu dia mendekatinya “ bintang tu takkan hilang karna tanpa bintang tiadalah hiasan malamnya seperti Kairana dalam hidup Amirun tiada Kariana tiadalah penghiasan cinta kamu berdua .... tapi kamu kena ingat Kairana kamu harus lupakan Amirun dan tabahkan hati kerana bintang itu akan pergi selamanya seperti kamu yang akan pergi selamanya dari hidup Amirun .... faham ?”kata Suriani sambil tersenyum melihat wajah anaknya yang masih dalam kemurungan .
“ Tapi kenapa bu ? Kenapa bintang tu harus tinggalkan malamnya ? “kata Kairana dengan sedih . Ibunya tersenyum dengan kata-kata anaknya itu . Walaupun dalam kesedihan dia tidak peduli kerana dia ingin tahu tentang semuanya itu .
“ Kamu harus faham Kai ... cinta itu tak sama dengan bintang kerana bintang takder perasaan tapi kamu berdua ada perasaan dan saling mengerti dan kamu harus ingat tak semstinya kamu boleh jatuh cinta hanya sekali untuk seumur hidup kerana itulah ibu berharap bahawa kamu lupakan Amirun dan mulakan hidup baru ya , sayang ?”kata Suriani lagi .
“Macam mana Kairana nak mulakan hidup baru sedangkan hati Kairana masih lagi sakit ? Macam mana Kairana nak lupakan Amirun sedangkan dia cinta pertama Kai ? Macam mana ibu ? Kai tak mengerti dan Kai tak nak mengerti sama sekali .... hat....hati Kai sakit sangat macam kena tikam ...se..setiap kali Kai ingin lupakan dia ... dia asyik muncul dengan senyumannya saja tanpa kemurungan macam Kai sekarang ni ? Macam mana bu ? “ kata Kairana dengan tangisan yang mendayu-dayu . Ibunya mula mendakap pelukannya agar kesakitan yang anak dia rasakan dapat berkurang .
Keesokan paginya , Kairana bangun awal untuk pergi ke kuliah seperti biasa . Kairana mengatur langkah ke arah keretanya . “ Ibu , Kai pergi dulu ! “ jerit Kairana dari arah luar . “ Hati-hati Kai “ kata ibunya yang baru sahaja keluar dari rumah untuk melihat anaknya . Kairana memandu kereta ke arah kuliahnya .
Ssesampai di kuliah , Razif teman setianya menyapanya dengan bertanya khabar . “ Kai , dah siap kerja Pn Yasmin yang bagi semalam ?” kata Razif . Kairana menggaru kepalanya yang tidak gatal dan berkata “ hehe lagi sikit “ kata Kairana sambil tersenyum .
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kelas beriringan lalu duduk di tempat yang biasa. Raihana yang baru sahaja sampai melihat kertas kerjanya untuk disiapkan . “ Kai , kau dah siap ker ? Hebat ! “ kata Raihana .
“Takde maknanya aku belum siap lagi sebab tak faham la ...... anyway Rai esok nak tak ikut aku pergi Sunway sebab esok kita takder kelas kan ? Lagipun aku boring la buat kerja rumah ni ..... “ kata Kairana sambil menanti jawapan Raihana .
“Okay tapi sekejap aja tau ?” kata Raihana . “ Don’t worry !” kata Kairana dengan bersemangat . ‘ Terima kasih ya Allah karna kau telah kuatkan dan tabahkan hati insan yang bernama Kairana Asyikin sesungguhnya engkaulah yang maha mengerti atas segala yang berlaku terhadap setiap hambamu ya Allah . Amin ‘ bisik hati Raihana sambil tersenyum melihat gelagat Kairana yang masih terburu-bur nak siapkan kerja Pn Yasmin beri .
Petang itu , Kairana melihat Razif sendirian di bangku . Kelihatan lelaki tersebut sedang meembaca risalah yang berjudul “ Yours”  yang sememangnya kesukaan dia . Kairana mendekati Razif dan berkata “ Majalah baru nampak ?” kata Kairana sambil tersenyum lalu duduk di sebelah Razif .
“ Biasa aja , ermmm Kai .... kalau aku tanya kau ....kau jangan marah ek ?” kata Razif sambil memandang wajah Kairana . Kairana mengagguk sambil tersenyum .
“ Ke...kenapa kau bercerai ....de...dengan Amirun ?” kata Razif lagi .Wjah Kairana yang ceria kembali murung . Dia tidak menyangka sahabatnya sendiri mengungkit perkara yang amat menyakitkan hatinya bahkan jiwanya juga terasa .
“ Dah tak ada jodoh nak buat macam mana ... apapun aku harus teruskan hidup tanpa dia dan aku tak nak ingat dia lagi ....hati aku bertambah sakit ....dan ....
“Dan kau nak lupakan dia secepat yang bolehkan Kai ? Aku tahu tu , kau janganlah bersedih kerana aku akan sentiasa berada di sisi kau “ kata Razif sambil meletakkan kepala  Kai di bahunya . Alangkah tersentuh hati Kai apabila dia dapat merasakan cinta itu kembali .
“Terima kasih ..... Razif “ kata Kairana sambil mengelap tangisannya tanpa disedari Razif telah mengelap tangisan Kairana . “ Jangan menangis lagi “ kata Razif dengan kada yang cukup romantis bagi mereka berdua . Dalam sekelip mata Razif telah jatuh cinta dengan Kairana yang kini berada di sisinya .
Hati Kairana yang pilu telah diubat oleh Razif . Alangkah indahnya cinta ini dapat dirasakan bersama kekasihnya iaitu Amirun iaitu cinta pertamanya .Apapun dia cukup berterima kasih kepada Razif yang setia menjadi temannya . Dan kini mereka sedang bersama di sebuah bangku yang mungkin Razif tak boleh lupakan tetapi bagi Kairana , Razif hanyalah temannya yang sangggup menemaninya tak kisah susah mahupun senang .
Pen yang ditulis oleh Amirun tiba-tiba terjatuh . Hatinya berdegup kencang tiba-tiba . Perasaan takut semuanya bercampur aduk . Dia tiba-tiba teringatkan bekas isterinya iaitu Kairana ,lalu mengeluarkan album gambar mereka berdua . Air matanya tiba-tiba mengalir . “ Kairana ?” katanya sambil mengucup gambar tersebut .